Thursday, July 30, 2009
SosiaLis IpGM KKB
Posted by BaLiNg Mat K at 1:53 PM 0 comments
EkPeDisI Ke LaTA BelaTAN..
Lata Belatan
Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu dalam kawasan Pentadbiran Hutan Terengganu Utara.Ianya merangkumi kawasan seluas 20 hektar dan terletak kira-kira 15 kilometer ke selatan bandar Jerteh atau 103 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.
Bagi tujuan keindahan semulajadi, seluruh kawasan dalam kompatmen 49 dan 50 dengan keluasan lebih kurang 403 hektar yang meliputi kawasan hutan lipur ini telah dikekalkan. Hutan lipur telah dimajukan secara berperingkat-peringkat semenjak tahun 1985.
Kawasan Hutan lipur Lata Belatan terdiri dari hutan asli jenis hutan Pamah Diptercorp. Ianya kaya dengan pokok-pokok jenis Diptercarp seperti Meranti dan Keruing yang melebihi 50% daripada komposisi hutan. Jenis-jenis bukan Diptercorp yang terdapat disini ialah Nyatoh, Kelat, Mersawa, Rengas, Kedondong dan lain-lain.
Manakala dikawasan berbukit tinggi menghala ke puncak Gunung Tebu, terdiri daripada jenis Meranti, Balau Laut Merah. Dikawasan lereng-lereng bukit yang curam jenis-jenis yang lazim terdapat disini ialah Meranti Seraya, campuran Meranti Keruing dan juga sedikit jenis konifer seperti Podo dan Damar Minyak.
Pembangunan Hutan Lipur Lata Belatan adalah berdasarkan pengurusan berkekalan dimana pembangunan yang dilaksanakan adalah berharmoni dengan alam sekitar. Konsep pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan ini ialah "Forest Camping Holiday".
Bagi mengekalkan keindahan semulajadi dan kejernihan air yang mengalir, 49 dan 50 dengan keluasan 403 hektar telah kekal di bawah pengelasan Hutan Rekreasi.
Di antara aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan disini ialah berehat sambil menikmati suasana keindahan alam semulajadi, berkelah secara bersendirian, bersama keluarga atau berkumpulan, berkhemah dan merentas hutan (jungle tracking).
Bagi mereka yang ingin cabaran dan merasai suasana pengembaraan hutan yang lebih bermakna, bolehlah mendaki ke puncak Gunung Tebu dengan ketinggian 1,097 meter dari aras laut. Pendakian ini mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai kepuncaknya. Keadaan cuaca yang sejuk dengan persekitaran tumbuh-tumbuhan gunung yang berbagai jenis serta pemandangan yang menarik menambahkan lagi keunikan kawasan ini.
Kemudahan yang disediakan di sini ialah gerai makan, tandas awam, surau, pondok rehat, jambatan gantung, pondok pengawal dan tapak perkhemahan.
Posted by BaLiNg Mat K at 1:24 PM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
SeRiBu MaKnA.Semua Ni Pernah Berlakukan???

Kenapa org boleh berubah?
napa org boleh berubah?
knp perasaaan org leh berubah dlm waktu singkat?
[HARI NI]
cakap suka, ckp miss u lah... ckp need u lah... asyik rindu lah...
[ESOK]
ckp.. busy... x de kedit nak call.. kejar masa... ada hal penting lah...
[HARI NI]
bila kita msg "hi, wat pe?", dia balas panjang2, "x de wat apa2, miss u.. asyik ingat kat u.. bila nak jumpa lagi... dah makan...
saya rindu sampai x lalu makan... awak dah makan....."
[ESOK]
bil a kita msg "hi wat pe?", dia balas pendek2, "xde apa2", "x", "ye" dan "k lah, busy jap..."
[HARI NI]
Kalau leh, nak duduk je depan muka kita... sampai kan tv ada depan mata pun xnak tgk... nak tgk muka, rindu katanya....
[ESOK]
kal au leh, xnak pandang muka ni.. usah cakap pandang, baru lalu depan tv je dah tengking "oit, tepi ar... x nampak ke org nak
tgk tv....". Bila kita datang dekat je... "apa dekat2 ni.. rimas ar..."
[HARI NI]
kejap2 call, kejap2 msg... leh dikatakan, handphone asyik berbunyi je... sampai kawan cakap "kau ni operator telefon ke?
asyik jawab call setiap saat?"... dan kita membalas dengan senyuman... "lover aku lah..."
[ESOK]
usahkan kata 'miss col', msg pun x de... membuatkan kita setiap saat akan tgk2 handset, menunggu panggilan @ msg si dia....
sampai kawan cakap "sikit2 tgk hp, asal ngan handphone ko, rosak ke? senyap je..." dan kita akan tersenyum sambil x
berkata apa2 sebab hati membara.
[HARI NI]
wahh... kalau boleh... free sms yg 200 tu nak dihabiskan dlm masa sejam...
[ESOK]
free sms 10 pun setahun nak abis.... tapi still main taip2 handset.. buat2 la hantar msg kat lover... ye la... kawan2 sume ada
lover, kita x de... tapi dlm hati... sedihnya...
[HARI NI]
kejap2 si dia msg... "selamat pagi", "selamat tgh hari", "sihat ke", "dah makan"
[ESOK]
8, 9 msg kita hantar, belum tentu dia balas.
[HARI NI]
kejap2 nak peluk... kejap2 nak pegang tangan... sambil si dia berkata "saya nak gengam awak erat, x nak awak lari dari
pangkuan saya"
[ESOK]
si dia berjalan mcm atlet negara... ke hadapan seribu batu... malah siap si dia berkata "cepat ar jalan... mcm siput ar...
lembab..."
Semua ni pernah berlaku kan...
Posted by BaLiNg Mat K at 8:26 AM 0 comments



